Thursday, October 25

Nasib Malang Keluarga Pekerja Arang di Manila

Lebih kurang 400 buah keluarga menetap di kawasan setinggan Tondo, Manila yang sebahagian besar daripada mereka terlibat dalam industri pembuatan arang dengan menghasilkan 6000 guni arang sebulan. Lebih kasihan, mereka hanya dibayar upah sekitar $140 sebulan walaupun hidup mereka dikelilingi asap dan debu arang. 


Wednesday, October 24

Suami cekup isteri khalwat


Isteri Salman (kiri) dan lelaki dipercayai kekasihnya serta seorang lagi wanita ditahan kerana berkhalwat.
AYER KEROH - Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu. 

Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berkenaan, awal pagi kelmarin. 

Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu. 

Tuesday, October 23

Penemuan Raksasa Laut?



Haiwan apakah ini?

Bagaimana Kentang Goreng McDonald's Dihasilkan

Baru-baru ini McDonald's telah mendedahkan bagaimana ubi kentang dari ladang mereka diproses untuk dijadikan kentang goreng seperti yang terdapat di rangkaian restoran makanan segera mereka.

Rakaman video yang menunjukkan proses penghasilan kentang goreng yang enak itu bertujuan untuk menangkis tohmahan negatif tentang penghasilannya yang didakwa kotor dan tidak mengikut piawai makanan segera antarabangsa.

Biar gambar berbicara : )


Monday, October 22

Video Harimau Muda Dengan Tarian Oppa Gangnam Style

Selepas tamat peringkat kumpulan Piala Newspaper, pihak penganjur telah mengadakan majlis makan malam di Hotel Hoang Anh Gia Lai untuk pasukan-pasukan yang layak ke separuh akhir. 


Pada majlis itu, setiap pasukan, Vietnam Youth Newspaper, Thailand B21, Sydney FC dan Harimau Muda telah ditugaskan untuk memberikan persembahan dan Harimau Muda telah memilih untuk mempersembahkan Gangnam Style. 

Idea itu datang dari dari Nazirul Naim dan mereka hanya mengambil masa selama 20 minit untuk berlatih tarian itu. 

"Kami memilih untuk mempersembahkan Gangnam Style kerana lagu ini sangat popular dan diketahui di seluruh dunia dan saya rasa kami membuat keputusan yang tepat kerana semua orang terhibur," kata Naim.