Prypiat adalah bandar usang berhampiran Loji Kuasa Nuklear di Chernobyl. Dibina pada tahun 1970 untuk kemudahan tempat tinggal bagi pekerja Loji Kuasa Nuklear Chernobyl. Ia secara rasminya diisytiharkan sebuah bandar pada tahun 1979 tetapi telah ditinggalkan pada tahun 1986 berikutan bencana Chernobyl . Ia adalah bandar nuklear ke sembilan di Kesatuan Soviet pada masa itu dan mempunyai bilangan penduduk sekitar 50,000 sebelum kemalangan.
Biarpun pada hari ini, Prypiat adalah sekadar bandar 'hantu', namun sesetengah pelancong tetap datang berkunjung untuk melihat sendiri kesan kemusnahan dan bencana yang menimpa. Malah ada yang melukis graffiti di dinding bangunan untuk menunjukkan simpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh penduduk ini, lebih lebih lagi kepada kanak-kanak yang telah dirampas zaman kecil mereka. Berikut adalah antara 10 grafiti yang paling sedih di Prypiat.
Jeritan kanak-kanak
Zaman kanak kanak yang hilang
Budak yang hilang
Tangisan si kecil
Hantu: kanak kanak
Raungan wanita
Kuasa kehidupan
Budak yang hilang
Kesengsaraan
Pencurian
Sumber englishrussia.com