Tuesday, January 29

Video Penyokong Kelantan Dihalau Keluar Dari Stadium Larkin


Kejadian berlaku semasa perlawanan antara Darul Takzim FC bertemu Perak FA di perlawanan peringkat pertama Piala FA pada 25 Januari 2013 bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Johor Bahru. 

Pemuda yang memakai jersi Kelantan ini dilihat menonton perlawanan tersebut di kalangan penyokong Darul Takzim FC. Mungkin lelaki ini melakukan provokasi sehingga menimbulkan kemarahan penyokong lain. 

Tetapi apalah sangat provokasi yang mampu dilakukan oleh seorang penyokong kerdil ini di celah celah ribuan penyokong DTFC. 

Namun ini adalah realiti sebahagian kecil kelompok penyokong yang masih baru mengenal fanatism bola sepak. Sedangkan penonton Malaysia yang berada di kelompok penyokong Indonesia tidak diperlaku sebegini rupa. 

Jadikanlah rakaman ini sebagai pengajaran agar semua penyokong bijak dalam melakukan provokasi. Cukuplah tragedi hooliganism penyokong Kelantan beberapa tahun lepas yang sudah reda. 

Kita 1Malaysia!

Thursday, December 13

Menangi iPad Mini Percuma


Sempena Hari Krismas ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah berupa iPad Mini secara percuma termasuk rakan yang berdaftar melalui anda.

Caranya mudah sahaja, jemput rakan-rakan anda mendaftar akaun Says dengan pautan unik yang akan diberi khas, bimbing mereka untuk berkongsi kempen yang sedia ada, jika melebihi  tiga unique visitor maka RM1 akan dikreditkan ke dalam akaun anda.

Bukan itu sahaja, malah anda dan rakan anda berpeluang memenangi Ipad Mini!!! Mari daftar sekarang di Says. >>> KLIK SINI

Thursday, October 25

Nasib Malang Keluarga Pekerja Arang di Manila

Lebih kurang 400 buah keluarga menetap di kawasan setinggan Tondo, Manila yang sebahagian besar daripada mereka terlibat dalam industri pembuatan arang dengan menghasilkan 6000 guni arang sebulan. Lebih kasihan, mereka hanya dibayar upah sekitar $140 sebulan walaupun hidup mereka dikelilingi asap dan debu arang. 


Wednesday, October 24

Suami cekup isteri khalwat


Isteri Salman (kiri) dan lelaki dipercayai kekasihnya serta seorang lagi wanita ditahan kerana berkhalwat.
AYER KEROH - Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu. 

Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berkenaan, awal pagi kelmarin. 

Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.