Monday, August 27

Video Helikopter Tentera Syria Ditembak Jatuh Di Damsyik



Sebuah helikopter milik tentera Syria terbakar dan terhempas di timur Damsyik pada hari Isnin (waktu di sana) sewaktu pertempuran sengit sedang berlaku.

Stesen Televisyen Syria mengesahkan kejadian tersebut dan ia dilaporkan terhempas berdekatan masjid di wilayah Al-Qabun.

Sunday, August 26

Gambar Model Cantik Dari China

Mungkin ini gambar yang sudah lama tersebar, namun tak salah berkongsi. Cantik bukan model di bawah? Namun tahukah anda, dia adalah seorang lelaki. 



Grafiti Prypiat, Mangsa Bencana Chernobyle Yang Menyedihkan

Prypiat adalah bandar usang berhampiran Loji Kuasa Nuklear di Chernobyl.  Dibina pada tahun 1970 untuk kemudahan tempat tinggal bagi pekerja Loji Kuasa Nuklear Chernobyl. Ia secara rasminya diisytiharkan sebuah bandar pada tahun 1979 tetapi telah ditinggalkan pada tahun 1986 berikutan bencana Chernobyl . Ia adalah bandar nuklear ke sembilan di Kesatuan Soviet pada masa itu dan mempunyai bilangan penduduk sekitar 50,000 sebelum kemalangan.

Biarpun pada hari ini, Prypiat adalah sekadar bandar 'hantu', namun sesetengah pelancong tetap datang berkunjung untuk melihat sendiri kesan kemusnahan dan bencana yang menimpa. Malah ada yang melukis graffiti di dinding bangunan untuk menunjukkan simpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh penduduk ini, lebih lebih lagi kepada kanak-kanak yang telah dirampas zaman kecil mereka. Berikut adalah antara 10 grafiti yang paling sedih di Prypiat.


Jeritan kanak-kanak

Saturday, August 25

Video Suasana Gangnam Raya

First time tengok, memang family ni paling cool di Malaysia. Dari cucu, nenek, sepupu sepapat. Kami doakan semoga kebahagiaan yang dikecapi keluarga ini kekal sampai ke generasi seterusnya. Terima kasih kerana membuat kami terhibur. 

Buah tangan daripada MyCTVchannel. Harap subscribe okek. Video ni tengah viral. Mungkin tak lama lagi cecah ratusan ribu. 

Wednesday, August 22

Akaun Twitter Isteri Van Persie Menjadi Mangsa Cemuhan Peminat Arsenal

Masih segar dalam ingatan tentang kekalahan Manchester United dengan Everton 0-1? Kehadiran Van Persie mungkin masih terlalu awal untuk diberikan pujaan oleh peminat Red Devils umumnya. Namun, apa yang tidak kurang menariknya yang ingin dikusap kali ini adalah isteri beliau. Ya, Bouchra van Persie.



Monday, August 20

10 Carian Google Earth Yang Menakjubkan

Tak salah untuk mengatakan bahawa Google Earth telah merevolusi generasi kita. Sesiapa yang mempunyai sambungan internet kini dengan mudah meneroka dunia dari dalam rumah mereka sendiri. Sebahagian besar komuniti internet hari ini menumpukan masa dan tenaga mereka menemui beberapa lokasi yang paling pelik, yang paling unik, dan sudah tentu tidak ditemui di seluruh dunia. Bukan sahaja penemuan beberapa kawasan yang mempunyai pemandangan hebat yang tidak akan ditemui tanpa teknologi ini, malah Google Earth telah membantu saintis, ahli arkeologi dan polis dengan keupayaannya. Berikut adalah 10 penemuan yang paling menakjubkan di Google Earth.


1. Iraq berdarah Tasik
 Tasik berdarah merah di Iraq ini telah menyebabkan penyebaran khabar angin bahawa ianya adalah berpunca dari rumah sembelihan yang tidak siuman. Penjelasan rasmi masih belum dikeluarkan dari mana-mana pihak, tapi ramai skeptikal dengan mengatakan ia mungkin berpunca daripada kumbahan di dalam air yang telah bertukar kepada warna ini tercemar.

Saturday, August 18

The Incredible Hulk Asli Ditemui di Brazil!

Paulo Henrique dos Santos (35) dari Vila Cruzeiro, Brazil, baru-baru ini pergi ke parti dengan menyamar sebagai wira buku komik daripada "Hulk". Walau bagaimanapun, dia menerima kejutan yang besar apabila dia mendapati bahawa warna hijau yang berlumuran itu adalah KEKAL! 


20 Laman '404 Error' Yang Super Lawa

Seringkali jika click pada broken link/ link yang mati, ia terus redirect kepada laman yang memaparkan background putih dengan tulisan 'page not found, error 404 dsb. But, some of sites outside there menyediakan page untuk error 404 yang agak cantik.

Thursday, August 16

Mohamed Ghaddar Akhirnya Tiba


Kota Bharu: Pemain import Kelantan, Mohamed Ghaddar mengotakan janjinya untuk pulang bersama The Red Worriors apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, petang semalam. Bagaimanapun, pemain itu tidak terus ke Kota Bharu, untuk berhadapan perbicaraan dengan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung kelewatannya melaporkan diri bersama pasukan itu, Ahad lalu.

Hadapi perbicaraan

Sebaliknya dia akan ke Kelana Jaya, hari ini untuk berdepan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi perbicaraan kesnya yang didakwa melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Affendi Hamzah, semalam.

Robin Van Persie Menyertai Manchester United

Robin van Persie yang ditetapkan untuk langkah Manchester United
Robin Van Persie bakal menjalani ujian kesihatan di Manchester esok selepas perjanjian perpindahan dicapai antara Old Traffod dan Emirates Stadium.

United mengenepikan persaingan daripada Manchester City dan Juventus untuk menandatangani pemain yang berjaya meraih anugerah Footballer of the Year sebanyak dua kali.

Pemain 29 tahun ini menjadi pemain pertama yang meninggalkan Arsenal untuk menyertai Manchester United sejak Viv Anderson pada tahun 1980 bakal menjadi saga perpindahan berprofil tinggi pada musim panas ini setelah beliau menolak untuk menandatangani kontrak terbaru bersama Arsenal pada bulan lepas.

AS Menguji Pesawat Tanpa Pemandu Terbaru

Tentera Udara AS merancang akan menguji pesawat eksperimen yang direkabentuk khas untuk terbang pada enam kali kelajuan bunyi, atau kira-kira 3600 mph (5,800 kph).

X-51 WaveRider tanpa pemandu dijangka berjaya mencapai Mach 6 selepas ia digugurkan daripada B-52 Bomber dan mengambil penerbangan keluar daripada pantai California Selatanberhampiran Point Mugu.

Jurutera mereka berharap X-51 akan mengekalkan kelajuan tertinggi selama lima minit, dua kali ganda kelajuan penerbangan sebelum itu.

Tahun lepas, dalam kebanyakan ujian yang melibatkan X-51, ia jatuh selama kira-kira empat saat sebelum pendukung beban roket dinyalakan, tetapi pesawat gagal untuk memisahkannya daripada roket dan menjunam ke dalam laut.

Pesawat yang direka daripada Boeing itu dicipta untuk memudahkan Pentagon melancarkan serangan ke serata dunia dalam masa beberapa minit.

Sumber AP

Wednesday, August 15

Sejarah Piala Malaysia

Kitab Lengkap Piala Malaysia 2012

Sekali lagi, kejuaraan bola sepak yang berusia 91 tahun dan antara yang termashyur di rantau ini akan bermula pada 22 Ogos.

Asal usul kejuaraan ini adalah daripada Kapal Tentera Laut Diraja British H.M.S Malaya yang telah berlabuh pada Januari 1921 di pelabuhan Port Klang, Singapura, Melaka, Penang dan Port Dickson. Dalam perjalanannya, hampir kesemua anak kapal telah turut serta dalam perlawanan persahabatan dengan beberapa sukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sukan layar dan golf dengan kelab tempatan.

Hampir tiga bulan kemudian, Ketua Setiausaha Kerajaan Melayu telah menerima undangan daripada Kapten H.T. Buller dari H.M.S Malaya dalam persaingan untuk dua trofi dalam sukan bola sepak dan ragbi sebagai penghargaan kepada wakil negara yang telah mengalu-alukan ketibaan mereka. Undangan itu diterima dengan baik dan wakil-wakil daripada beberapa kelab dan negara telah mengadakan perundingan untuk menganjur kejuaraan itu.

Monday, August 13

Seks hobi masa lapang

SESAL... Azy (kiri) dan Laili mencerita kesilapan lalu mereka.
KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.