Saturday, September 8

Straw Penapis Air Untuk Rakyat Afrika


LifeStraw® - Introduction


LifeStraw adalah satu rekaan produk kemanusiaan yang mampu memberi sinar harapan kepada penduduk dunia yang berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan air bersih, khususnya di negara-negara Afrika. 

Friday, September 7

Pandelela Rinong Diusik?


Siapa tidak kenal dengan atlet wanita Malaysia yang memenangi pingat gangsa acara terjun 10 meter platform. Tapi mengapa beliau diusik?

Pelanggan Car Wash Ditawar Khidmat Seks

SHAH ALAM – Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma. Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya. 

Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun. Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut. 

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks. 

Thursday, September 6

Gua Tercantik Di Dunia

Marble Cathedral yang terletak di Patagonia, Chile boleh dikatakan sebagai gua yang tercantik di dunia. Walau bagaimanapun untuk sampai ke tempat ini, pelancong terpaksa melalui jalan yang sukar yakni terbang dari Santiogao, 800 batu ke Coyhaique kemudian memandu di jalan raya yang teruk sejauh 200 batu.

Kuil Azure: Tasik General Carrera di Patagonia, Chile adalah rangkaian gua tercantik di dunia.

Wednesday, September 5

Ugut Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih


KUALA LUMPUR: “Serahkan RM60,000 atau banyak lagi gambar bogel awak akan disebarkan!,” begitu ugutan diterima seorang wanita selepas dia memutuskan hubungan dengan teman lelakinya sejak seminggu lalu sehingga hidup ketakutan. 

Gambar Hiasan
Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, menerima ugutan berkenaan menerusi kiriman mesej di laman sosial, facebook miliknya daripada seorang lelaki berserta gambar bogel yang dirakam secara curi ketika dia keluar dari bilik air di rumahnya di Sentul, di sini, tidak lama dulu. 

“Saya mengesyaki ia perbuatan bekas teman lelaki yang tidak puas hati kerana saya memutuskan hubungan selepas tidak tahan melayan kehendak nafsunya sejak menjalin hubungan dua bulan lalu,” katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. 

Pelajar maut dalam perlumbaan motosikal

KUANTAN: Seorang pelajar yang dipercayai berlumba dengan beberapa rakannya maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Semantan Felda Keratong 4, Bandar Baru Tun Razak, Rompin, semalam. 

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 12.30 malam itu mangsa, Muhammad Khalil Qusyairi Abdul Halim, 15, dipercayai sedang berlumba dengan beberapa rakannya. 

"Perlumbaan yang bermula dari Masjid Felda Keratong 4 itu telah menyebabkan motosikal yang ditunggangi mangsa terbabas ke kiri jalan kira-kira 100 meter sebelum garisan penamat di Simpang Jalan Utama Felda Keratong 4.