Sekali lagi, kejuaraan bola sepak yang berusia 91 tahun dan antara yang termashyur di rantau ini akan bermula pada 22 Ogos.
Asal usul kejuaraan ini adalah daripada Kapal Tentera Laut Diraja British H.M.S Malaya yang telah berlabuh pada Januari 1921 di pelabuhan Port Klang, Singapura, Melaka, Penang dan Port Dickson. Dalam perjalanannya, hampir kesemua anak kapal telah turut serta dalam perlawanan persahabatan dengan beberapa sukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sukan layar dan golf dengan kelab tempatan.
Hampir tiga bulan kemudian, Ketua Setiausaha Kerajaan Melayu telah menerima undangan daripada Kapten H.T. Buller dari H.M.S Malaya dalam persaingan untuk dua trofi dalam sukan bola sepak dan ragbi sebagai penghargaan kepada wakil negara yang telah mengalu-alukan ketibaan mereka. Undangan itu diterima dengan baik dan wakil-wakil daripada beberapa kelab dan negara telah mengadakan perundingan untuk menganjur kejuaraan itu.
Komiti penganjur telah membuat keputusan untuk membahagikan Malaysia kepada dua bahagian dengan Selangor, Perak, Pulau Pinang di utara sementara Singapura, Negeri Sembilan dan Melaka di selatan.
Perlawanan pertama Piala Malaya diadakan pada 20 Ogos 1921, dengan Selangor menewaskan Pulau Pinang 5-1 di hadapan hampir 5,000 peminat di Kuala Lumpur. Singapura menyertai perlawanan pertama pada 10 September dan menewaskan Negeri Sembilan 4-0 di Kelab Negeri Sembilan.
Singapura dan Selangor telah mengetuai bahagian masing-masing dan bertemu dalam perlawanan akhir pertama Piala Malaya pada 1 Oktober di Kelab Selangor (kini Merdeka Square). Singapura telah menang 2-1 dan para pemain telah menerima lencana emas sebagai penghargaan.
Tahun sebelum perang
Kejuaraan ini semakin terkenal dan akhbar pada tahun 1923 telah menyatakan yang ia adalah "acara sukan terbaik (Malaya)". Perlawanan akhir yang pertama kali dimainkan di luar Kuala Lumpur pada tahun 1925 apabila Singapura menewaskan Selangor 2-1 di Stadium Anson Road, dan telah sampai ke setiap perlawanan akhir dari 1921 ke 1941.
Pada September 1926, wakil daripada persatuan bola sepak Singapura, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka bersetuju untuk memulakan Persatuan bola sepak Malaya (MFA) dengan John Sime dari Singapura sebagai presiden pertama. Pada tahun 1932, ia dirombakkan dan kini dikenali sebagai FAM (Football Association of Malaysia) dan telah mengambil alih tanggungjawab penganjuran kejuaraan itu dan telah membenarkan tentera British untuk sertakan pasukan mereka dan menerima penyertaan Kedah dan Johor.
Tahun selepas perang
Piala Malaya disambung pada tahun 1948 dan kini Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perlis turut serta. Perlawanan pertama di Stadium Merdeka diadakan pada tahun 1957 dan begitu juga kebanyakan dari perlawanan akhir hingga tahun 1990an.
Pada tahun 1967 pula, ia dinamakan Piala Malaysia dan disertai oleh pasukan negeri, pasukan tentara, dan Singapura serta Brunei. Pasukan kelab telah dibenarkan untuk ikut serta pada tahun 2000 dan Selangor MPPJ menjadi kelab pertama untuk meraih kejuaraan piala itu.
Sumber http://www.espnstar.my
No comments:
Post a Comment