Selepas tamat peringkat kumpulan Piala Newspaper, pihak penganjur telah mengadakan majlis makan malam di Hotel Hoang Anh Gia Lai untuk pasukan-pasukan yang layak ke separuh akhir.
Pada majlis itu, setiap pasukan, Vietnam Youth Newspaper, Thailand B21, Sydney FC dan Harimau Muda telah ditugaskan untuk memberikan persembahan dan Harimau Muda telah memilih untuk mempersembahkan Gangnam Style.
Idea itu datang dari dari Nazirul Naim dan mereka hanya mengambil masa selama 20 minit untuk berlatih tarian itu.
"Kami memilih untuk mempersembahkan Gangnam Style kerana lagu ini sangat popular dan diketahui di seluruh dunia dan saya rasa kami membuat keputusan yang tepat kerana semua orang terhibur," kata Naim.
Jurulatih, Ong Kim Swee turut terhibur dengan persembahan anak buahnya dan akui tidak menyangka mereka mampu memberikan persembahan seperti itu.
"Saya tidak sangka mereka mampu mendapat idea dalam masa yang singkat dan ini menunjukkan kerjasama yang baik dalam pasukan. Saya harap mereka akan terus bekerjasama seperti ini dalam perlawanan nanti," kata Kim Swee.
sumber espnstar.my
No comments:
Post a Comment