Kejadian berlaku semasa perlawanan antara Darul Takzim FC bertemu Perak FA di perlawanan peringkat pertama Piala FA pada 25 Januari 2013 bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Johor Bahru.
Pemuda yang memakai jersi Kelantan ini dilihat menonton perlawanan tersebut di kalangan penyokong Darul Takzim FC. Mungkin lelaki ini melakukan provokasi sehingga menimbulkan kemarahan penyokong lain.
Tetapi apalah sangat provokasi yang mampu dilakukan oleh seorang penyokong kerdil ini di celah celah ribuan penyokong DTFC.
Namun ini adalah realiti sebahagian kecil kelompok penyokong yang masih baru mengenal fanatism bola sepak. Sedangkan penonton Malaysia yang berada di kelompok penyokong Indonesia tidak diperlaku sebegini rupa.
Jadikanlah rakaman ini sebagai pengajaran agar semua penyokong bijak dalam melakukan provokasi. Cukuplah tragedi hooliganism penyokong Kelantan beberapa tahun lepas yang sudah reda.
Kita 1Malaysia!
No comments:
Post a Comment