Wednesday, April 20

Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum?


Seks ketika haid, Islam mengharamkannya, perubatan moden menyanggahnya.

Apa Kata Hukum?

Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya :Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya. (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda;Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad;(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Kenali Haid

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj. Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai.

Risiko Kesihatan :

1) Kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika?berlaku persetubuhan ketika itu.

2) Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

3) Ada juga kemungkinan jangkitan merebak terus dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

4) Menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

5) Wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.

6) Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.

7) Wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Jika Mahu Juga

Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

Seks Dalam Haid Juga Boleh Akibatkan Hamil

Jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Sumber:
— Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
– Elak Bersama Ketika Haid, Harian Metro, Dr Ismail Thamby

Monday, April 11

Tikam mati jiran sebar aksi seks

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.

Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.

Suspek berusia 44 tahun yang ketika itu berada dalam bilik menyedari perbuatan La, lalu segera keluar untuk menemuinya, namun La beredar.

Sunday, April 3

Mahasiswa perlu bijak tangani isu semasa

KUALA LUMPUR: Raja Zarith Sofia Idris Shah meminta mahasiswa menggunakan daya intelektual mereka yang tinggi bagi memahami pelbagai isu yang melanda negara kebelakangan ini termasuk berhubung isu BERSIH.

Baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertitah, mahasiswa perlu memahami setiap isu dan perkara yang berlaku serta mengambil kira pandangan banyak pihak sebelum membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara berbangkit.
“Pada pendapat beta, idea BERSIH (mengadakan perhimpunan haram) disebabkan ia sudah dirampas kumpulan dan individu tertentu. Esoknya (selepas perhimpunan), apabila kita baca berita, kita dapati ada pihak yang melanggar peraturan. Apa yang beta hendak jelaskan, jangan terus percaya dengan apa yang anda dengar dan baca. Anda perlu jelas.

Jangan samakan apa yang berlaku di negara ini dengan di Asia Barat, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pengajaran - Raja Zarith Sofia Idris Shah, Canselor Universiti Teknologi Malaysia “Anda perlu mempunyai pendirian terhadap apa yang betul dan salah. Sekurang-kurangnya cuba memahami sebelum memihak,” titah baginda ketika menjawab soalan dalam sesi dialog Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia (MSLS) 2011, di sini semalam.

Terdahulu baginda menyampaikan ucap utama pada persidangan itu yang bertema ‘Menentukan Hala Tuju Masa Depan Malaysia’ dan dihadiri hampir 1,000 pemimpin mahasiswa dari dalam dan luar negara.

Raja Zarith Sofia bertitah, mahasiswa perlu terbuka terhadap laporan media termasuk media arus perdana yang memberi gambaran mengenai perhimpunan itu.

“Biasanya media arus perdana menyiarkan laporan yang menggambarkan ada pihak yang baik dan jahat. Anda mungkin bersetuju atau tidak bersetuju kerana tidak ada pihak yang salah atau benar. Apa yang penting kita perlu sedar bahawa perkara ini berlaku ketika kita sedang menuju ke arah negara yang matang.
“Jangan samakan apa yang berlaku di negara ini dengan di Asia Barat, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pengajaran,” titah baginda sambil menambah revolusi di Asia Barat seperti Mesir disebabkan rakyatnya kecewa dengan kemiskinan, tekanan, tiada peluang pekerjaan dan pendidikan.

“Kita perlu sedar dengan apa yang berlaku di sana seperti di Kaherah tidak sama dengan apa berlaku di sini. Di sini kanak-kanak berpeluang ke sekolah dan mendapat biasiswa,” titah baginda lagi.