Friday, June 24

'Beri tumpuan serius keperluan orang India'

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk G Palanivel berkata, kerajaan perlu memberi tumpuan serius kepada keperluan dan kehendak masyarakat India bagi memastikan mereka terus setia bersama Barisan Nasional (BN).

Palanivel berkata, peruntukan bersifat 'sementara' bagi menangani masalah masyarakat India terutama ketika musim pilihan raya kecil tidak mencukupi untuk menjamin sokongan mereka.
"Untuk tindakan segera, BN perlu menggunakan pendekatan yang lebih holistik dalam menangani semua isu kritikal berhubung masyarakat India.

“Sebagai mewakili masyarakat India, MIC sudah pun turun padang ke seluruh negara untuk memperkukuhkan lagi jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden MIC pada Perhimpunan Agung Parti Ke-65 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Palanivel berkata, sudah tiba masanya kerajaan menggubal program menyeluruh merangkumi keperluan, kehendak dan kemahuan masyarakat India untuk diambil tindakan segera.

Beliau berkata, mengikut stastistik terkini sehingga Januari lalu, jumlah pengundi India berdaftar di Semenanjung ialah seramai 850,000 orang atau 99.8 peratus.

“Daripada jumlah itu, 70 peratus masyarakat India di negara ini menetap di 56 kawasan Parlimen. Daripada jumlah itu, 26 kawasan Parlimen merangkumi sejumlah 15 peratus pengundi India manakala 30 kawasan lain merangkumi antara 10 hingga 15 peratus pengundi India,” katanya.

No comments:

Post a Comment