Walaupun mempunyai ketulan ketulan lemak di beberapa bahagian tubuh, mereka tak takut untuk menonjolkan bahawa kecantikan itu hak milik setiap insan.
1. Natalie Laughlin
Model kelahiran Trinidad ini awalnya tak menyangka akan mendapat julukan sebagai Cindy Crawford versi plus size. Kehadirannya mampu menangkis mentaliti bahawa dunia modelling hanya kepada wanita yang bertubuh kurus dan seksi. Ada di antara mereka yang rela dihinggapi anorexia demi mendapat bentuh tubuh yang diidamkan.
2. Barbara Brickner
Pertama kali mendapat tawaran sebagai model, Brickner menolaknya mentah-mentah. Dia mengaku takut tubuhnya hanya dijadikan bahan eksploitasi yang kemudian membuatnya sebagai bahan penipuan di media. Namun dengan bayaran yang tinggi, perjalanan ke berbagai penjuru dunia, dan populariti membuatnya rela meninggalkan keraguannya. Kini wajah Brickner telah tampil sebagai ikon di beberapa brand ternama, seperti Eddie Bauer dan Target.
3. Crystal Renn
3. Crystal Renn
Jika sekali imbas, namanya tidak ubah seperti pelakon filem porno. Namun, Renn kini terkenal sebagai salah seorang model plus-size paling polular. Tuntutan dari pihak agensi agar memperoleh tubuh yang lebih langsing membuatnya sempat mengalami gangguan pencernaan akibat diet. Namun Renn akhirnya sedar akan big is beautiful. Hari ini, Renn menjadi satu-satunya model bertubuh gemuk yang pernah tampil di kulit majalah Vogue di empat negara sekaligus.
4. Christina Mendez
4. Christina Mendez
Wanita yang berasal dari New York ini bukan hanya cantik, ia juga dikenali sebagai wanita yang sangat tabah. Dia tinggal bersama anaknya yang mengidap autisme, Mendez mendedikasikan waktunya sebagai host rancangan bersama Autism Speaks, organisasi yang mendukung pendidikan bagi anak-anak penghidap autisme.
5. Whitney Thompson
5. Whitney Thompson
Thompson menggegarkan dunia penyiaran setelah menjadi satu-satunya model bertubuh gemuk yang meraih juara pertama untuk reality show America’s Next Top Model. Gadis perang dari Florida ini berjaya menyingkirkan para pesaingnya yang masing masing bertubuh lansing pada musim ke-10 reality show ini. Supermodel senior Tyra Banks, bahkan menyebutnya “full-figured model” berbanding plus-size model.
6. Toccara Jones
6. Toccara Jones
Tak hanya mengalahkan para gadis bertubuh langsing, Jones pun membuktikan bahwa seorang gadis berkulit gelap mampu menjadi seorang supermodel. Seperti Whitney Thompson, Jones juga sempat tampil sebagai peserta America’s Next Top Model dan digelar dengan panggilan Covergirl of the Week sebanyak empat kali. Kini ia bergabung dengan Wilhelmina, sebuah agensi model khusus untuk plus-size.
7. Mia Tyler
7. Mia Tyler
Jika anda mempunyai bapa yang popular seperti rocker Steven Tyler dan kakak sepanas Liv Tyler, mestinya tak sukar bagi anda untuk mempunyai pengikut yang ramai dengan status bintang. Tapi tidak bagi Mia Tyler. Dia harus menempuh jalan berliku sebelum akhirnya berjaya sebagai plus-size model. Tyler aktif dengan olahraga dan membakar 10 pound lemak di tubuhnya, hingga majalah-majalah kenamaan seperti Vogue dan Marie Claire menyiarkannya di halaman utama.
No comments:
Post a Comment