Siapa tidak gemar akan buah buahan? Dari kecil hingga dewasa, semua manusia ternyata amat meminatinya. Bagaimana pula dengan pasangan anda (wanita)? Tahukah anda buah buahan boleh menentukan sifat wanita dalam percintaan? Anda boleh menilai perwatakan mereka hanya melalui buah kegemarannya.
Benarkah wanita yang gemar akan buah pisang, dikatakan mempunyai nafsu yang tinggi? Kajian mendapati pisang mampu memberi daya tahan seksual yang lama kepada wanita. Kandungan potassium yang tinggi mampu menjana keghairahan sang isteri. Suami haruslah meningkatkan stamina mereka semaksima mungkin.
Bagaimana pula dengan buah epal? Benarkah buah kesukaan wanita bisa menggambarkan karakter seksualnya. Yup. wanita yang gemar makan buah apel, amat menitikberatkan dalam penjagaan tubuh dan organ seksualnya. Jarang lelaki yang dapat menahan nafsu daripada wanita yang gemar akan buah epal.
Tidak dinafikan, wanita yang gemar memakan buah tembikai adalah jenis yang tertutup, sukar baginya untuk membicarakan tentang hubungan seks di hadapan umum. Bagi mereka, ini adalah isu yang sangat peribadi. Bagaimana pun usah gentar, kerana ini bukan satu masalah yang besar. Kita haruslah pandai dan arif dalam memberi kenikmatan cinta, maka ia pasti akan mendapatkan kehangatan dan sekaligus mendapat layanan yang amat luar biasa.
Terung, dalam istilah asmara, wanita jenis ini begitu dingin, bahkan sampai sukar untuk didekati. Anda sebagai lelaki atau suami haruslah arif dalam percintaan agar mampu mencairkan ghairah seksualnya. Berhadapan dengan wanita seperti ini memerlukan kesabaran, kelembutan dan rayuan maut.
Buah mengkuang pula sering dikaitkan dengan jenis wanita yang berkulit putih dan licin. Mereka sangat utamakan dalam penjagaan wajah. Dalam erti kata lain, golongan ini mempunyai tahap seksual yang agak tertutup dalam isu seksualiti. Keghairahan mereka pula sedang sedang sahaja.
Betik, wanita yang gemar akan buah ini kebiasaan mempunyai tubuh yang subur tetapi agak malas dalam penjagaan tubuh. Bukannya selekeh, tapi mungkin begitu selesa dengan kehidupan sekarang. Anda harus menegurnya untuk selalu tampil cantik dan menjaga berat badannya.
Wanita penggemar durian pula boleh dikatakan sebagai seorang yang tegas dan mempunyai hati yang keras. Malah sukar untuk didekati. Walau bagaimanapun, mereka ini sangatlah romanstis dalam urusan percintaan. Usah takut untuk bersama dengan wanita golongan ini.
Kelapa muda, jenis puteri ayu kerana mempunyai hati yang amat sensitif. Sebagai pasangan, anda harus berjaga jaga dalam menjaga perasaannya. Selain itu, emosi mereka juga kecil, penakut, dan pasif. Namun jika ada lelaki yang mampu menakluk wanita ini, pastinya bakal mendapat layanan yang sensual dan menyentuh kalbu.
Nangka, hati hatilah dengan wanita jenis ini. Fikir dahulu masak masak jika ingin jatuh ke dalam pelukannya. Kemungkinan untuk anda melepaskan diri dari mereka begitu sukar. Wajah mereka selalu mempersonakan dan luar biasa. Ini adalah jenis wanita yang penggoda dan penakluk. Kadang kadang wajah mereka biasa sahaja, namun pasti dalam membuat lelaki goyah dengan kehebatan di atas ranjang mereka.
sumber: ruanghati.com
No comments:
Post a Comment