Saturday, July 23

Negara Paling Ramai Penggoda


Pasti kadang kala jenuh kita memikirkan wanita dari negara manakah yang paling nakal? Mungkin jawapan yang paling banyak didengari dari benua Eropah. Namun, mesti kita mahu yang lebih tepat, iaitu dari negara mana?

Berdasarkan satu tinjauan yang dijalankan oleh laman Badoo.com, mereka mendapati wanita dari negara Sepanyol menggondol tempat pertama selaku penggoda maut. Mereka lebih banyak membuat first move jika dibandingkan dengan lelaki jika berada di dunia internet. Kajian ini berdasarkan jumlah wanita yang aktif di dunia maya. Hal ini setelah banyak perilaku seks wanita Sepanyol dibongkar oleh mereka sendiri di laman Badoo.com selama sebulan kajian.

Malah, akhbar Times of India turut membuat survei yang bertajuk “World Flirtation League”. Tinjauan ini melibatkan wanita yang berasal dari 20 negara yang melakukan hubungan seks dengan jejaka di Internet. Hasil yang diperoleh menunjukkan rata-rata wanita Sepanyol berasmara dengan 1-2 pria setiap bulan. Angka ini hampir dua kali ganda jika dibandingkan dengan wanita dari Britain, Perancis atau Amerika Serikat, yang semuanya hanya menghubungi satu pria di dunia maya.

Setelah Sepanyol, negara yang turut termasuk dalam sepuluh penggoda maut adalah Poland, Dominica, Brazil, Chile, Itali, Argentina, Portugal, Kanada, dan Venezuela. Sedangkan Belanda di tempat ke 11, Jerman 12, Colombia 13, Britain 14, Republik Czech 15, Mexico 16, Perancis 17, Belgium 18, Amerika Syarikat 19 dan Ecuador 20.

Namun begitu, Badoo.com memberi kenyataan bahawa kaum lelaki jauh lebih tinggi kemungkinan untuk memulakan pendekatan untuk melakukan sex cyber berbanding dengan kaum wanita sama ada di Sepanyol atau negara lain.

No comments:

Post a Comment