Thursday, August 16

Robin Van Persie Menyertai Manchester United

Robin van Persie yang ditetapkan untuk langkah Manchester United
Robin Van Persie bakal menjalani ujian kesihatan di Manchester esok selepas perjanjian perpindahan dicapai antara Old Traffod dan Emirates Stadium.

United mengenepikan persaingan daripada Manchester City dan Juventus untuk menandatangani pemain yang berjaya meraih anugerah Footballer of the Year sebanyak dua kali.

Pemain 29 tahun ini menjadi pemain pertama yang meninggalkan Arsenal untuk menyertai Manchester United sejak Viv Anderson pada tahun 1980 bakal menjadi saga perpindahan berprofil tinggi pada musim panas ini setelah beliau menolak untuk menandatangani kontrak terbaru bersama Arsenal pada bulan lepas.


Perbincangan antara United dan Arsenal berjalan lancar pada hari Rabu, dengan peringkat akhir bayaran mencecah sehingga £22m.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa Old Trafford tidak akan membayar lebih daripada £15m untuk mendapatkan Van Persie, dengan Arsenal berpegang dengan harga £25m.

Difahamkan United bersetuju untuk membayar £15m sebagai bayaran pendahuluan, dengan yuran selanjutnya bergantung sama ada Van Persie diturunkan dalam permainan, gol, dan piala yang dimenangi sebagai pemain United.

Perpindahan Van Persie ini merupakan antara 'ribut' terbaru yang melanda Arsenal, dimana kebanyakan pemain yang bernilai tinggi bertindak meninggalkan kelab tersebut dalam beberapa musim ini.

Van Persie mengikut jejak langkah Thierry Henry, Cesc Fabregas dan Samir Nasri keluar daripada Arsenal, dengan Barcelona dilihat sedang mengintai pemain tengah Alex Song.

United mengeluarkan kenyataan di laman sesawang mereka "Manchester United berbesar hati untuk mengumumkan bahawa perjanjian dengan Arsenal FC berhubung perpindahan Robin van Persie berjaya dcapai."

"Perjanjian tersebut tertakluk kepada ujian kesihatan dan terma individu. Pengumuman selanjutkan akan dibuat.''

Malah Arsenal turut menyatakan bahawa: "Arsenal Football Club mengesahkan terma yang teah dipersetujui berhubung perpindahan  Robin van Persie ke Manchester United."

"Van Persie akan berlepas ke Manchester pada hari Khamis untuk menyetujui terma individu dan melengkapkan ujian kesihatan."

Smber http://www.telegraph.co.uk

No comments:

Post a Comment