Monday, August 27

Video Helikopter Tentera Syria Ditembak Jatuh Di Damsyik



Sebuah helikopter milik tentera Syria terbakar dan terhempas di timur Damsyik pada hari Isnin (waktu di sana) sewaktu pertempuran sengit sedang berlaku.

Stesen Televisyen Syria mengesahkan kejadian tersebut dan ia dilaporkan terhempas berdekatan masjid di wilayah Al-Qabun.

Rakaman video menunjukkan helikopter tersebut terbakar setelah dihujani peluru semasa pertempuran.

Kumpulan pemberontak Syria mendakwa pihak mereka yang menembak jatuh helikopter tersebut.

Briged Tentera Pembebasan Rakyat Syria mengakui insiden tersebut untuk membalas dendam peristiwa pembunuhan beramai-ramai  Daraya, lapor stesen berita Al Arabiya di Twitter.

Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) yang berpengkalan di UK melaporkan bahawa 320 orang terbunuh sepanjang lima hari pertempuran sengit di pekan puak Sunni di bandar Daraya, pinggir bandar Damsyik ekoran serbuan dari rumah ke rumah oleh tentera Syria pada Sabtu lepas.

Pegawai tentera Syria menafikan tuduhan insiden pembunuhan beramai ramai tersebut. Akhbar rasmi kerajaan Syria At-Thawra melaporkan bahawa askar bersenjata dikerah untuk "membersihkan bandar Daraya daripada saki baki kumpulan pengganas yang melakukan jenayah serta menakutkan penduduk bandar serta memusnahkan harta awam dan peribadi."

Daraya telah menjadi titik tumpuan serangan dari kerajaan terhadap pemberontak, melalui serangan yang dicetuskan dari luar kawasan tersebut.

Sumber rt.com

No comments:

Post a Comment